Mutiara kata!!

Bukan Senang Menjadi Senang! Bukan Susah Menjadi Susah!







Thursday, May 6, 2010

RIAK WAJAH

RIAK WAJAH
Watak yang di bawa oleh setiap insan di dunia ini adalah berbeza. Walaupun ada insan yang dilahirkan di dunia ini memiliki rupa paras yang sama (kembar seiras), berpakaian yang sama, dan memiliki kegemaran yang sama. Namun demikian, insane tersebut yang di siri dan ciptakan oleh Allah yang Maha Esa yang telah mencipta perbezaan yang ada pada insan tersebut. Bukan sahaja manusia yang memiliki sifat dan watak yang berbeza, tetapi binatang juga memiliki watak yang berbeza.

 
Watak! Apa itu watak? Siapa yang membentuk watak yang di coretkan dalam setiap diri setiap insan? Apa yang mempengaruhi nya?

Adakah watak yang dicerminkan melalui riak wajah dan penampilan insane? Itulah yang selalu digunakan oleh pandangan mata kasar kite terhadap nilai individu dan sifat yang kita gambarkan pada individu lain. Tapi adakah benar apa yang kita lihat itu adalah sifat sebenar individu tersebut?

Pepatah Inggeri berpendapat “Don’t Just A Book By It Cover”. Jika ini yang kita benar-benar paham, tidak adalah sifat suka mengumpat, buruk sangka dan menuduh orang lain yang bukan-bukan.

Saya ada pendapat sendiri. Kadang-kadang bila saya melihat pengemis (yang sempurna dari sifat fizikal) di tepi-tepi jalan, saya terasa sayu di hati. Rasa syukur terhadap diri sendiri. Lalu sedekah diberikan. Tetapi, bila saya terjumpa pengemis yang sama pada hari berikutnya dan melihat rokok yang agak berjenama dalam poket bajunya, perasaan saya tidak lagi seperti di hari pertama melihat mereka. Adakah patut seorang pengemis yang mencari sesuap nasi untuk kehidupannya itu membeli barang tersebut?

Saya merasakan mereka itu tidah mahu mengubah nasib mereka sendiri dan hanya mengharapkan belas ehsan dari orang lain.

Apa yang saya cuba tekankan ialah, kita kadang-kadang terpedaya dengan apa yang kita lihat.

Ada situasi apabila kita melihat seseorang yang baik rupa paras dan tingkah laku itu, kita beranggapan dia seorang yang alim, baik dan bersopan-santun budi pekertinya. Tapi di zaman sekarang, pendapat dan apa yang kita lihat itu adalah satu ilusi yang menipu pandangan kita. Mungking benar apa yang kita lihat, namun tidak bermakna 100 benar!



No comments:

Post a Comment