Mutiara kata!!

Bukan Senang Menjadi Senang! Bukan Susah Menjadi Susah!







Thursday, May 6, 2010

RIAK WAJAH

RIAK WAJAH
Watak yang di bawa oleh setiap insan di dunia ini adalah berbeza. Walaupun ada insan yang dilahirkan di dunia ini memiliki rupa paras yang sama (kembar seiras), berpakaian yang sama, dan memiliki kegemaran yang sama. Namun demikian, insane tersebut yang di siri dan ciptakan oleh Allah yang Maha Esa yang telah mencipta perbezaan yang ada pada insan tersebut. Bukan sahaja manusia yang memiliki sifat dan watak yang berbeza, tetapi binatang juga memiliki watak yang berbeza.

 
Watak! Apa itu watak? Siapa yang membentuk watak yang di coretkan dalam setiap diri setiap insan? Apa yang mempengaruhi nya?

Adakah watak yang dicerminkan melalui riak wajah dan penampilan insane? Itulah yang selalu digunakan oleh pandangan mata kasar kite terhadap nilai individu dan sifat yang kita gambarkan pada individu lain. Tapi adakah benar apa yang kita lihat itu adalah sifat sebenar individu tersebut?

Pepatah Inggeri berpendapat “Don’t Just A Book By It Cover”. Jika ini yang kita benar-benar paham, tidak adalah sifat suka mengumpat, buruk sangka dan menuduh orang lain yang bukan-bukan.

Saya ada pendapat sendiri. Kadang-kadang bila saya melihat pengemis (yang sempurna dari sifat fizikal) di tepi-tepi jalan, saya terasa sayu di hati. Rasa syukur terhadap diri sendiri. Lalu sedekah diberikan. Tetapi, bila saya terjumpa pengemis yang sama pada hari berikutnya dan melihat rokok yang agak berjenama dalam poket bajunya, perasaan saya tidak lagi seperti di hari pertama melihat mereka. Adakah patut seorang pengemis yang mencari sesuap nasi untuk kehidupannya itu membeli barang tersebut?

Saya merasakan mereka itu tidah mahu mengubah nasib mereka sendiri dan hanya mengharapkan belas ehsan dari orang lain.

Apa yang saya cuba tekankan ialah, kita kadang-kadang terpedaya dengan apa yang kita lihat.

Ada situasi apabila kita melihat seseorang yang baik rupa paras dan tingkah laku itu, kita beranggapan dia seorang yang alim, baik dan bersopan-santun budi pekertinya. Tapi di zaman sekarang, pendapat dan apa yang kita lihat itu adalah satu ilusi yang menipu pandangan kita. Mungking benar apa yang kita lihat, namun tidak bermakna 100 benar!



Wednesday, March 31, 2010

Winter White Russian Dwarf Hamster comelnye!!!!!

Winter White Russian Dwarf Hamster

Dulu masa kecil,aku peminat kucing...lagi-lagi kucing warna hitam. Selama aku hidup di bumi Allah S.W.T yang indah ini, aku telah membela 2 ekor kucing yang warnanya hitam.
Namun selepas kematian kucing ku itu, aku menongkah arah membela tikus (cik ti) pulak..hehehe....


Mula-mula bela hamster dengan dorongan seorang kawan yang istimewa. Ibuku tak benarkan aku membela binatang peliharaan lagi sebab takut, aku tak dapat menjaga mereka apaabila kami sekeluarga tiada di rumah. ALmaklumlah, kami sekeluarga kalau  keluar becuti, mesti lama. Takut-takut terabai pulak  hamster tu. Tapi aku meyakinkan ibuku, nak jaga hamster nie mudah jea. Lama kelamaan, keluargaku pun menerima sepasang hamster yang comel sanagt. Adikku yang bongsu selalu cakap, ' kak, kecik sangat la, tak puas nak maen!'. hehe...tapi tetap main jugak walaupun kecil.hehehe..

Kawan istimewaku telah memberikan sepasang hamster yang berlainan warna,satu warna putih dan sekor lagi warna kelabu. Comel sangat. Tapi apa kan daya, kecil sangat, nk cium pun tak puas. hehehe...kalau nak peluk lagi la tak puas. hehehe...

Setahun berlalu, induk yang ku dapat pun dah mati. tapi meningglkan zuriat yang dah banyak generasi. Sekarang tinggal 5 ekor anak jenis winter white.

Tuesday, March 30, 2010

Bila Rindu Sebut Saja Oh Namaku...

Semua laguku hanya untukmu
Semua rasaku hanya padamu
Ku kan bersamamu selamanya

Kamek sayang kitak
Mena mek x bulak
Kawen jak ta duak
Janji mek ngn kitak

Kamek sayang kitak….
Jangan risau bila rindu
Sebut saja oh namaku
Biarpun malam yang ribut
Ku kan datang kepadamu
Dengarkan kataku
Dengarkanla …..
Kamek sayang kitak
Mena mek x bulak
Kawen jak ta duak
Janji mek ngn kitak

aku mendengar bait-bait lirik ini dari suara gemersik seseorang, terdetik di hati untuk mencari makna di sebalik bait-bait lirik ini. Secara tidak langsung mendengar dan meghayatinya.
Lagu ini di dendangkan oleh sebuah band indi di Malaysia, Hujan.

Monday, March 29, 2010

Sayup-Sayup hati merindu

Sayup2 ati merindu...Tangisan di dalam hati  tidak dapat di lihat, hanya dapat di rasa oleh sang pencinta diri ini. Aku ke rinduan pada si pencintaku...


Ketenanganku terusik, pemikiran ku berkecamuk, keperitan rindu menusuk ...Ya Allah ya Tuhanku..ku mohon sekelumit ketenangan dari-Mu..aku kerinduan..aku kerisauan..Hanya kau yang mampu memberi kan ku ketenangan yang hakiki..


Nukilanku  1.30 p.m 30/03/2010

Tenang itu mungkin keganasan!!

Tekadang aku melihat semua ciptan Allah s.w.t tu penuh dengan keindahan dan kesempurnaan..namun ada kalanya aku risau jika suatu ketika nanti, keindahan itu membawa bencana kepada hambaNya...Seperti air mengalir di melalui anak-anak sungai..ombak menghempas pantai, angin sepoi-sepoi bahasa....Tapi di suatu ketika nanti, keindahan dan ketenangan itu menjadi ganas, seakan memberontak, rakus membalas dendam terhadap menghuni di muka bumi Allah ini....



Aku takut! aku takut, dosa-dosa semalam, kemarin dulu, seminggu dulu, sebulan lalu,seumur hidupku, setiap detik yang di pinjamkan kepadaku itu, di bayar melalu bencana dari KETENANGAN itu...Tsunami, banjir kilat, gempa bumi...merupakan keganasan dari ketenangan itu... 

Oleh yang demikian, setiap detik dari kehidupan yang aku miliki ini, aku tidak akan sia-siakan...aku ingin hidup denag penuh kesyukuran denangan apa myang telah aku miliki....ketenangan yang amat aku rindukan...Ampunilah diriku Ya Allah ya Rabbi...

Nukilanku 9.00am 29/3/10

Tuesday, March 16, 2010

cantik dan Indah....

Butterfly...



Seindah y dilihat oleh pancaindera kita sebagai insan yang bergelar manusia. Kadang-kadang tu kite tidak sedar akan kehadiran meraka dalam ekologi kita. Tidak mengendahkan keindahan dan keriangan mereka bermain di celahan daun-daunan, bunga-bungaan, menunjuk-nunjuk kecantikan dan kemegahan sayap mereka pada kita seterusnya mempamirkan kekuasaan ciptaan Tuhan. Subhannallah.

Reddish butterfly
 Aku kagum dengan rentetatan kehidupan rama-rama. Sebelum dapat mereka menjadi seekor rama-rama yang indah, mereka melalui kehidupan yang di benci orang. Menjadi seekor ulat beluncas dan mampu memporak prerandakan kehidupan manusia (gatai n miang hehehe...bak kata pepatah 'macam ulat bulu..toing3) dan seterusnya menjadi kepongpong (time tido-fasa transfomer!). Kemudianya ia muncul dari tempat beradunya dan menjadi seekor rama2 yang indah. Ia terbang dengan megah dan mengibarkan sayapnya ke serata alam.


rossy butterfly

Namun! hayatnya hanya seketika....seminggu berlalu..tamat sudah kehidupanya.


 KEHIDUPAN HANYA SEMENTARA..gunalah sebaik mungkin peluang yang Allah berikan pada kita..

~Nukilanku~

Hijjaz- RiNdU

Get this widget |Track details |eSnips Social DNA